Friday 9 December 2011

Sikap Umno Terengganu tidak mahu laksana Hudud amat menyedihkan, kata Aziz Bari

DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu memberikan pelbagai alasan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah amat mengecewakan.

Pakar Perlembagaan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, dari segi undang-undang, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan pada tahun 2002, tidak patut ditangguhkan perlaksanaannya.

Friday 14 October 2011

Penipuan Felda terhadap KPG; 2,000 peneroka saman Felda RM1.5 bilion

KUALA TERENGGANU - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakamkan ucapan syabas atas keberanian para peneroka di Felda Kertih 2 dan Kertih 3 yang membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Mazlan Aliman menyifatkan tuntutan saman terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibuat oleh 77 peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 merupakan kes pertama di Terengganu.

Thursday 13 October 2011

77 peneroka saman Felda sebanyak RM1.3 juta

KUALA TERENGGANU - Tujuh puluh tujuh orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tingii didini hari ini 13 Oktober.

Peguam yang mewakili mereka, Encik Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari firma Aziz & Co berkata setiap peneroka menuntut bayaran RM17,000 setiap orang yang menjadikan jumlah tuntutan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta.

[Gambar - para peneroka bergambar dihadapan kompleks Mahkamah Kuala Terengganu]


Menurutnya, ia tidak termasuk gantirugi teladan dan lain-lain yang dimasukkan dalam tuntutan tersebut.

Sunday 25 September 2011

Setelah 40 tahun KETENGAH masih bercakap soal kemiskinan!

DUNGUN - PAS mengorak langkah menubuhkan sebuah lagi NGO dibawah Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah setelah ANAK berjaya mengetengahkan isu-isu berkaitan Felda dan generasi keduanya.

WARIS, sebuah NGO ditubuhkan, dengan hasrat memperjuangkan hak rakyat dalam wilayah Lembaga-lembaga Kemajuan yang ditubuhkan melalui akta Parlimen.

NGO baru itu akan memberikan fokus kepada empat Wilayah di seluruh semenanjung iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemjuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).