DUNGUN - Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (WARIS) gagal menyerahkan ‘Memorandum Rakyat Untuk KETENGAH’ apabila rombongan yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Roslan Ismail tidak dibenarkan masuk bagi menyerahkannya.
Rombongan WARIS tersebut bersama 30 orang ahlinya ‘ditahan’ di pintu masuk pagar utama oleh pihak pengawal keselamatan bangunan KETENGAH.
Haji Roslan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak KETENGAH yang tidak membenarkan rombongan WARIS memasuki bangunan pentadbirannya bagi menyampaikan memorandum tersebut.
Katanya, pihak WARIS telah menghantar wakil untuk berbincang sebanyak dua kali bagi memaklumkan rancangan penyerahan memorandum berkenaan.
“Kita (WARIS) datang pada hari ini hanya untuk menghantar memorandum rakyat kepada KETENGAH. Kita bersetuju untuk tidak bawa ramai penyokong dan cukup sekadar 20 orang sahaja dan dia (pegawai) setuju secara lisan.
“Oleh kerana, hari ini kita (WARIS) tidak dapat masuk dan kita akan datang semula pada bulan depan (April) dengan jumlah lebih ramai melebihi 1000 orang, Insya’Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan pintu masuk bangunan pejabat KETENGAH di Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), Bukit Besi, Dungun, hari ini.
Menurutnya, kehadiran rombongan WARIS tersebut bukan mahu timbulkan masalah tetapi bagi memperbetulkan kepincangan yang berlaku dalam pengurusan KETENGAH.
Katanya, kewujudan KETENGAH sejak lebih 20 tahun lalu terlalu banyak kepincangan yang perlu diperbetulkan.
Hadir sama mengiringi rombongan tersebut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Setiausaha WARIS, Naraza Muda.
Tuesday, 27 March 2012
Monday, 26 March 2012
WARIS Akan Serah Memorandum 12 Perkara Kepada KETENGAH
DUNGUN - Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia atau dikenali dengan WARIS akan menyerahkan satu Memorandum Rakyat kepada pihak pentadbiran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah ) di pusat pentadbiran Lembaga itu, bandar Al-Muktafi BiLlah Shah.
Menurut Pengerusinya Ustaz Roslan Ismail, pihak Ketengah sudah menyatakan persetujuan menerima Memerandum tersebut pada jam 10 pagi.
Beliau berkata, Memorandum 12 Perkara tersebut adalah bertujuan mendesak Ketengah mengambil tindakan memperbetulkan haluannya yang kini jauh tersasar dari matlamat asal penubuhannnya.
“Kami pihak Waris memandang Visi KETENGAH sangat hebat, bertujuan untuk menjadi peneraju kepada kesejahteraan rakyat di wilayah Terengganu Tengah dalam masa 10 tahun,
“setelah hampir 40 tahun dan sebelum ia tersasar lebih jauh lagi dari matlamat asal penubuhannya, kami bertanggungjawb untuk menyampaikan hasrat rakyat iaitu memorandum rakyat kepada pihak KETENGAH,”ujarnya.
Menurutnya, antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak KETENGAH untuk segera mencari alternatif sumber ekonomi kepada penduduk di bandar-bandar yang dibangunkan, agar jurang ekonomi rakyat di sini tidak terus melebar.
Katanya, bandar-bandar seperti AMBS, Bukit Besi, Ketengah Jaya, Cerul dan Seri Bandi dan kampung-kampung tradisi sekitarnya jauh ketinggalan berbanding para penduduk di tempat lain.
Justeru beliau mengambil kesempatan menyeru semua pihak yang berhajat memberikan sokongan moral kepada WARIS agar dapat bersama-sama pada jam 9.30 pagi berhampiran pejabat pentadbiran KETENGAH.
“Memorandum tersebut akan diserahkan pada jam 10 pagi dan saya menjemput semua pihak berkumpul disekitar pejabat KETENGAH pada jam 9.30 pagi,”jelasnya.
Beliau turut menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan pada sidang media yang akan diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.

Sunday, 26 February 2012
RM4 bilion di belanjakan; Ketengah gagal majukan wilayah Terengganu
- Waris akan hantar Memorandum pada 27 Mac
KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) gagal melaksanakan fungsi sebagai pemaju kawasan-kawasan yang diamanahkan dibawah penubuhannya sejak diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73.
Menurut Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris), Ustaz Haji Roslan Ismail, separuh daripada keluasan negeri Terengganu seluas 650,000 hektar, diletakkan dibawah Wilayah Ketengah.
Namun, beliau berkata, setelah 40 tahun berlalu, purata pendapatan penduduk Ketengah hanyalah sebanyak RM500 sebulan.
“650,000 hektar tanah dikuasai, diletakkan dibawah wilayah Ketengah membentuk lebih kurang satu perdua negeri Terengganu merangkumi hulu Kemaman, hulu Terengganu dan Tasik Kenyir,
“secara umumnya pendapatan (penduduk Ketengah) dibawah RM500,”Ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Waris Bersama Mahasiswa yang diadakan di Chukai, pada Sabtu 25 Februari.
Menurutnya, sebanyak RM100 juta setahun dan RM4 bilion wang rakyat sehingga kini telah dibelanjakan di Tasik Kenyir dan seluruh wilayah, Ketengah masih gagal menjana ekonomi para penduduk.
Beliau mendakwa, Ketengah sebaliknya menjadi ‘konglomerat’ Ketengah Holding yang memiliki 13 anak syarikat, bersaing dengan perniagaan rakyat.
“Setiap tahun peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat untuk pembangunan tasik Kenyir sahaja RM100 setahun, dan sehingga hari ini Ketengah telah membelanjakan hampir RM4 bilion duit rakyat,
“hasilnya 20 peratus penghijrahan keluar dari wilayah Ketengah setiap hari untuk bekerja dan pusat pentadbiran Ketengah, bandar al-Muktafi Billah, menjadi bandar yang ‘minus’perkembangan,
“Ketengah Holding memiliki 13 anak syarikat, dia jual minyak, dia jual sterika, dia jual penyapu segala-galanya dia jual, seolah-olah bukan berperanan untuk membangunkan penduduk,”tegasnya.
Justeru, beliau berkata, Waris akan menghantar satu memorandum kepada pihak pentadbiran Ketengah pada 27 Mac akan datang .
Menurutnya, Memorandum itu bertujuan memberitahu dan menegur mereka, ada perbuatan dan tindakan mereka yang salah.
“Saya telah membuat kajian panjang tentang Ketengah dan ada beberapa isu yang boleh diketengahkan, kita akan hantar memorandum pada jam 10 pagi pada 27hb Mac, InsyaAllah,”katanya. - Buletinonline

Sunday, 5 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)